Gambar Suspek Penggodam Mesin ATM Guna Virus 'ulssm. exe'

Tuesday, September 30, 2014 by
Gambar suspek penggodam Amerika Latin yang mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di cawangan Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.


     
KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di cawangan Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Pasukan Polis Bukit Aman pada Isnin berikrar untuk membawa penggodam Amerika Latin yang merompak kira-kira RM3 juta dengan menggodam mesin ATM di tiga buah negeri pada hujung minggu lalu ke muka pengadilan.

Polis berkata, suspek menggodam mesin dengan memasukkan cakera ke dalam CD-ROM ATM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata siasatan awal mendapati suspek akan membuka panel bahagian atas mesin ATM menggunakan 'kunci biasa' dan memasukkan cakera dan menjangkiti mesin dengan virus yang dikenali sebagai "ulssm. exe ".

"Selepas mengeluarkan CD, mereka akan menutup panel dan ahli-ahli sindiket itu akan mengeluarkan semua wang daripada ATM dengan menaip kod ke dalam panel utama, yang mereka terima melalui telefon dari seorang rakan sejenayah," katanya.

Suspek akan menghalang slot ATM dengan objek seperti kad SIM, kertas atau puntung rokok untuk menghalang pelanggan bank lain daripada mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM, katanya.

"PDRM komited dalam menghentikan jenayah ini hingga ke akar umbi untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi perbankan tempatan.

"Kami juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis dalam penyiasatan, dengan menghubungi SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839," kata Mortadza.


Oleh: NICHOLAS CHENG

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©