Remaja Perempuan Bunuh Diri Kerana Diarah Tutup Akaun Facebook
Tuesday, May 13, 2014 by Author
New Delhi: Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu.
Puan Mohana, ibu Aditi, memberitahu polis tempatan bahawa dia tidak menyedari anaknya akan membunuh diri hanya kerana Facebook, yang di anggapnya sebagai tidak penting. "Saya hanya memberitahunya dia terlalu muda untuk melayari Facebook dan hanya membuang masa beliau," tambahnya.
Gadis itu bersendirian di rumah ketika kejadian itu berlaku. Puan Mohana meninggalkan rumah pada kira-kira jam 9.30 pagi selepas suaminya telah keluar untuk bekerja.
“Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.
Beberapa jam kemudian selepas Mohana pulang, dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.
Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. - Agensi
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©