Yulia Loshagina dibunuh dengan kejam.
Gambar Dmitry Loshagin dan isterinya Yulia Loshagina.
Moscow - Jabatan Polis Rusia masih terus menyiasat kematian seorang model terkenal di negera tersebut. Terdapat dakwaan model jelita berumur 28 tahun itu dibunuh oleh suaminya sendiri kerana mangsa telah menularkan penyakit AIDS kepada suaminya.
Yulia Loshagina ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan di kawasan hutan di pergunungan Ural di Rusia iaitu selepas beberapa hari hilang pada bulan Ogos lalu. Mangsa ditemui maut dalam keadaan berbogel dengan leher patah dan wajahnya hangus terbakar.
Kecederaannya begitu parah sehinggakan jasadnya hanya boleh dikenal pasti melalui ujian DNA. Suami mangsa, Dmitry Loshagin, 37 telah ditangkap di Yekaterinburg, sebuah bandar keempat terbesar di Rusia. Jurufoto itu masih ditahan sementara polis terus melakukan penyiasatan keatas kes tersebut. Pihak polis masih belum dapat memastikan apakah suami mangsa terlibat dalam pembunuhan isterinya itu.
Menurut pegawai penyiasat, hasil bedah siasat menunjukkan bahawa model tersebut positif HIV. Menurut laporan akhbar Komsomolskaya Pravda seperti yang dipetik Daily Mail, Khamis lalu.
"Sebuah versi mendakwa Dmitry Loshagin begitu marah setelah mendapat tahu isterinya menularkan penyakit AIDS kepadanya, lalu dia pun bertindak membunuh isteri itu. Pihak polis sedang menyiasat apakah versi ini benar," demikian ditulis akhbar Rusia itu.
Namun dalam persidangan akhbar di Pervouralsk, Dmitry menyangkal tuduhan tersebut. "Saya mencintai isteri saya," serta menegaskan dirinya tidak terlibat dalam kematian isterinya.
Yulia didapati hilang pada 22 Ogos lalu selepas mengadakan sebuah parti di kediaman mewah pasangan tersebut. Menurut beberapa orang tetamu, Yulia kelihatan gelisah semasa parti tersebut berlangsung. Keluarga Yulia terus memulakan gerakan mencari model tersebut. Mereka menuduh suami mangsa bersikap cuai di atas kehilangan Yulia.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©