Jimmy Gunawan,33, muncul menjadi pembeli dan pemilik pertama iPhone 5S di dunia.
Sydney - Australia menjadi negara pertama yang memasarkan iPhone 5S pada hari Jumaat, 20 September 2013, pukul 08.00 standard waktu timur Australia (AEST) atau pukul 05.00 WIB.
Namun, siapa sangka bahawa pembeli pertama telefon pintar tersebut adalah orang Indonesia yang tinggal di Benua Kanggaru itu.
Jimmy Gunawan,33, muncul menjadi pembeli dan pemilik pertama iPhone 5S di dunia, beliau mengakui sudah menunggu di depan Pusat Jualan Apple di Sydney sejak tengah malam hari sebelumnya agar menjadi orang pertama di barisan menunggu.
Menurut Jimmy Gunawan lagi pada tahun ini pembeli- pembeli iPhone 5S tidaklah seramai tahun lepas. "Tahun lalu, saya datang kesini pada waktu yang sama dan sudah ada 20 orang berbaris sebelum saya," ujar Jimmy seperti laporan oleh The Australian.
Jimmy yang bekerja sebagai freelance graphic designer ini telah membelanjakan sebanyak $2,000 dollar Australia untuk membeli dua unit iPhone 5S, satu untuk dirinya sendiri dan satu lagi untuk ibunya yang tinggal di Indonesia.
Pada tahun ini sambutan terhadap iPhone 5S dan iPhone 5C agak kurang memberangsangkan. Malahan pengguna-pengguna di Australia mengeluh kerana harga iPhone 5S ini agak mahal.
Di benua Australia ini, iPhone 5C dijual mulai $739 dollar Australia, sementara harga iPhone 5S boleh mencapai $1.129 dollar Australia.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©