Gambar 'Terlampau' Pasangan Beauty and the Beast
Wednesday, December 05, 2012 by Author
Melalui gambar yang diambil di sebuah tempat awam ini, seorang lelaki miskin yang tidak berumah kelihatan begitu asyik bermesra dengan seorang wanita cantik dengan bercium dan berpelukan di tempat awam tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang.
Gelagat pasangan lelaki miskin dan wanita cantik itu bemesra menarik pandangan orang ramai yang berada di situ.Gambar-gambar ini dikatakan telah diambil oleh orang ramai yang melihat lelaki tidak berumah (miskin) tersebut yang bermesra bersama kekasihnya yang juga seorang wanita cantik di sebatang jalan tempat awam di China.
Lelaki jalanan tersebut dikatakan berjalan sambil berpelukan, berpegang tangan dengan kekasihnya itu sambil bermesra dan bercium dengan gadis cantik yang dikatakan kaya itu. Walaupun wanita cantik itu kelihatan marah dengan beberapa orang yang mengambil gambar curinya bersama lelaki miskin itu terus menunjukkan kasih sayangnya pada lelaki jalanan itu.
Ya, cinta memang buta. Walaupun ramai yang memerhatikan pergerakan homeless man dan wanita cantik yang dianggap pelik itu, mereka tanpa segan silu terus berkasih sayang tanpa menghiraukan orang ramai di jalan yang penuh sesak itu.
Gadis cantik itu akhirnya telah disoal siasat oleh pihak polis yang terserempak dengan mereka ketika itu..Pihak polis menyoalsiasat wanita cantik itu kerana bimbang keselamatannya ketika dia dilihat berpeluk, beramah mesra, bercium, berkasih sayang dengan lelaki miskin itu.
Ketika disoal siasat oleh pihak polis, wanita cantik itu menyatakan bahawa lelaki miskin itu merupakan suaminya dan dia bagaimanapun tidak menyatakan tentang nama, umur serta tempat tinggalnya kepada pihak polis itu.
Wanita cantik itu membuktikan bahawa pandangan masyarakat terhadap lelaki miskin itu harus dibuang jauh-jauh.Dia membuktikan bahawa cinta itu buta..Cinta tidak mengenal siapa.. Sehingga kini identiti wanita cantik dan lelaki jalanan tersebut masih menjadi misteri selepas gambar mereka bermesra tersebar.
Kredit: Sumber
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©