Gambar Putera Harry dan Carrie Lynn Reichert semasa menghadiri parti bogel di Vegas.
NEW YORK – Seorang wanita yang mendakwa telah berbogel bersama pewaris ketiga takhta Britain, Putera Harry telah ditangkap pada 24 Ogos lalu, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Wanita itu, Carrie Lynn Reichert yang berusia 40 tahun ditangkap di San Diego, Amerika Syarikat ketika dia cuba untuk menaiki sebuah pesawat ke Mexico.
Menurut sumber penguat kuasa undang-undang, Reichert dikehendaki di daerah Harrison, Mississippi kerana menulis cek tendang bernilai AS$21,672 (RM67,474.0) bermula pada Ogos 2003.
“Pegawai-pegawai kastam mengesannya di lapangan terbang. Dia bercadang mahu keluar negara tetapi kami dapat menangkapnya,” kata sumber tersebut.
Sumber itu memberitahu, dia boleh dikenakan hukuman penjara lebih setahun jika disabitkan kesalahan melakukan penipuan.
“Kenapa anda boleh menjadi terlalu bodoh?Anda mengetahui kami mempunyai waran berhubung cek tendang yang ada tulis.
“Selepas 9/11 (serangan pengganas di New York pada 11 September 2001), anda tahu kami memeriksa setiap orang di dalam pesawat,” kata sumber berkenaan.
Reichert kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Santee, California.
Pada bulan lalu, Reichert memberitahu majalah People bahawa dia bercium dan berbogel dengan Putera Harry semasa parti diadakan di sebuah hotel di Las Vegas pada bulan lalu.
Gambar bogel putera itu turut disiarkan di muka depan akhbar The Sun di Britain pada 24 Ogos lalu.
Putera Harry merupakan cucu pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Beliau merupakan anak Putera Charles dengan mendiang Lady Diana.
Putera Charles merupakan pewaris pertama takhta Britain diikuti Putera William yang juga abang Putera Harry. – Agensi
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©