Pengertian Poligami Dari Kaca Mata Seorang Bidadari

Sunday, September 09, 2012 by



Poligami merupakan satu isu yang sangat tajam apabila dibahaskan khususnya wanita Islam. Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tentunya dengan syarat si suami memiliki kemampuan untuk adil di antara para isteri, sebagaimana pada ayat berikut:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.- An-Nisa: 3

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan)...-An-Nisa’: 129

Kesedihan dan air mata sering kali bersangkut dengan poligami. Inilah yang sering ditakuti oleh kebanyakan wanita. Mereka yang bujang juga amat bimbang jika suatu masa nanti dihadapkan dengan permasalahan ini sama ada menjadi isteri pertama ataupun kedua.

Mengatakan “Ya” untuk poligami sangat mudah tetapi melaksanakan dan menyelenggarakan dengan baik bukanlah semudah yang disangka. Tekanan perasaan mungkin berlaku kerana kenyataan berpoligami bukanlah satu persediaan bagi setiap wanita yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan.

Di sini disediakan beberapa alasan seorang suami yang ingin menyuarakan hasrat untuk berpoligami:

1)  Ada yang telah berkahwin bertahun-tahun lamanya mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat, akan tetapi belum dikurniakan rezeki disebabkan ketidaksuburan pasangan, sakit atau apa sahaja yang boleh menjadi penyebab.

2)  Ada juga suami yang kuat keinginan syahwatnya, akan tetapi dianugerahkan isteri yang kurang berkeinginan terhadap hubungan kelamin kerana sakit atau masa haidnya terlalu lama dan sebab-sebab lainnya.

3)  Jumlah perempuan lebih ramai daripada lelaki banyak dijadikan alasan untuk hidup berpoligami pada zaman ini. Dengan menambah justifi kasi perempuan itu lemah dan memerlukan perlindungan.

4)  Beberapa justifi kasi lain yang dihadapkan kepada wanita untuk memikirkan kaum sesamanya yang realiti jumlah wanitanya lebih banyak daripada lelaki adalah:

 5) Isteri yang tidak mengecapi perkahwinan akan menghabiskan usia dalam kepahitan kerana tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga dan merasai nikmat menjadi ibu.

6) Terdedah dengan kehidupan sosial yang bebas contohnya melacur atau merelakan diri men jadi bahan permainan kaum lelaki sehingga meng- akibatkan ramai anak luar nikah dilahirkan. Jika tidak berhasrat melahirkan, mungkin mereka akan membunuh atau membuang anak luar nikah terbabit.

 7) Dinikahi menggunakan saluran yang betul dan bukan dilakukan secara sorok-sorok atau kahwin lari sebagai bukti keikhlasan kepada kaum wanita.

Apa Kata Miss Single?

Bagi lelaki, poligami sesuatu yang indah, tetapi bagi ke- banyakan wanita hidup bagaikan tidak bermakna apabila mengetahui suaminya ingin berkahwin lagi. Malah, dalam kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan wanita dimadukan mengakui mengalami tekanan emosi yang hebat.

Diakui poligami adalah hak lelaki, tetapi kebanyakan lelaki yang mengambil keputusan itu sering tidak mengambil kira perasaan isteri dan anaklah yangmenjadi mangsa. Tanpa disedari perasaan dan kedudukan bakal isteri juga turut menerima tekanan dan tempiasnya.

Bayangkanlah... jika sebelum berkahwin lagi, seluruh tumpuan dan pendapatan digunakan untuk keluarga sepenuhnya, tetapi apabila sudah menambah cawangan, perhatian tidak lagi seperti sebelumnya. Adakala poligami ini dijadikan bahanketawa dalam kalangan mereka yang tidak pernah melaluinya. Contoh bahan yang dijadikan jenaka seperti, “Kalau beristeri satu, si isteri akan bergaduh dengan si suami tentang perempuan lain manakala kalau beristeri dua, isteri-isterinya akan bergaduh sesama sendiri tentang suami. Kalau macam tu baik beristeri dua daripada beristeri satu.”

Fokus utama sesebuah perkahwinan ialah pembentukan rumah tangga bahagia yang mana suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendorong kepada kepimpinan itu. Poligami hanya indah untuk suami, tidak kepada isteri dan anak. Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah sekiranya kita mencontohi bagaimana Rasulullah s.a.w mengemudi sebuah rumah tangga.

Hakikatnya, kebanyakan lelaki yang menggalas amanah sebagai suami tidak mengikuti saranan baginda tetapi bijak memanipulasi hukum semata-mata untuk kepentingan sendiri. Misalnya, poligami itu memang digalakkan namun terdapat pula susulan sunah daripada perkara tersebut. Tapi, susulan itu dan saranan itu tidak pula diikuti. Kenapa ya? Tanyalah sendiri pada kaum lelaki.

Mengapa ALLAH S.W.T mentakdir poligami untuk Rasulullah s.a.w? Sekiranya melihat kepada perspektif yang lebih dalam, ALLAH S.W.T sebenarnya mahu menjadikan baginda sebagai penunjuk cara untuk berpoligami dengan betul dan cara membentuk suasana harmoni dalam rumah tangga kerana ALLAH S.W.T Maha Mengetahui akan keupayaan hamba-NYA.

Andai tiada kaedah yang tepat untuk berpoligami maka  manusia akan sewenang-wenangnya membuat polisi sendiri sehingga mampu menggocangkan dunia kerana perbalahan atau rasa tidak puas hati sesama sendiri. Isunya, mengapa mereka yang berpoligami tidak mampu mencontohi meskipun sedikit cara Rasulullah s.a.w mengemudi bahtera rumah tangga?

Daripada perspektif seorang wanita bujang, menjadi lumrah apabila persepsi setiap individu itu berbeza. Ada yang menyokong poligami dan ada yang
mengatakan tidak padanya. Terpulang kepada bagaimana kita melihat pengertian poligami itu sendiri atau bagaimana corak takdir yang telah kurniakan oleh ALLAH S.W.T.

Secara peribadi, saya tidak menentang sama sekali untuk berpoligami tetapi saya tergolong yang mengatakan tidak untuk poligami. Berpoligamilah sekiranya mahu kerana tiada larangan atau penentangan terhadap hukum poligami itu.

Walaupun keadaan mendesak seperti faktor usia atau kesepian, namun saya percaya jika menghayati hakikat kehidupan ini kita akan sedari hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Masih banyak yang harus saya raih. Tetapi sekiranya tertulis takdir bahawa saya akan berpoligami, maka setiap panduan di bawah ini akan saya jadikan sebagai garis sempadan sama ada saya mampu berkongsi ataupun tidak.

Sesungguhnya saya percaya masa yang tinggal hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mengejar sesuatu yang hak dan kekal. Apapun jua, segala takdir itu adalah di atas kehendak ALLAH S.W.T. Sifat redha dan tawakal adalah perkara terbaik yang kita boleh lakukan di sepanjang kehidupan. Melalui pengalaman dan pembacaan dapat saya rumuskan beberapa alasan atau penyebab seseorang itu berpoligami:

a)  Tidak ada anak selepas sekian lama berkahwin. Ada yang turut memberi maklumat tambahan yang mungkin benar atau satu kebohongan dengan menyatakan si isteri itu mandul.

 b)  Suami gemar berfoya-foya kerana ajakan kawan sekerja selain berasa itulah gaya hidup di bandar yang sebenar.

 c)  Suami menyukai wanita muda dan lebih menarik. (Bukankah kita semua akan menjalani proses penuaan?)

 d)  Suami telah jatuh cinta dengan wanita lain secara tidak sengaja.

 e)   Suami mengalami perubahan; ‘berubah tiba-tiba’ dan ada gangguan makhluk halus.

 f)  Suami ingin bertanggungjawab terhadap percintaan yang tidak disengajakan. Si suami ingin menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap rasa cinta yang tidak disengajakan itu.

g)   Suami kalah dengan godaan wanita yang kononnya gagal mengawal diri.

Itulah antara suara-suara penyebab yang sering kita dengar. Memang benar ada sebahagian daripada kita mengatakan tidak berdaya kerana cinta yang terlalu dalam atau menggunakan alasan keikhlasan.

Tetapi tanyakan kembali pada diri adakah ini yang kita inginkan dalam kehidupan? Adakah kita benar-benar bersedia untuk menongkah kehidupan yang belum dapat menjanjikan apa-apa hasil? Atau adakah lelaki itu atau diri kita sendiri boleh memberi jaminan bahawa apabila berpoligami kita tidak akan menangis dan air mata akan berhenti jatuh ke bumi?

Adakalanya kita agak mementingkan diri sendiri demi sebuah kehidupan. Ramai wanita pada zaman ini sanggup berbuat apa sahaja sebagai jaminan hari tua mereka. Jika berniat mahu berkongsi, memang masih boleh dicapai akal, tetapi ingat ramai juga yang sanggup merampas tanpamemikirkan perasaan wanita lain sama ada dengan cara halus ataupun kasar. Akan berpanjangankah kebahagiaan apabila men jadi penyebab keruntuhan kebahagiaan orang lain? Adakah kita sedar yang kehidupan ini merupakan satu putaran roda, hari ini kita di atas, esok lusa belum tentu lagi.

Adakah kerana rasa takut tatkala usia semakin meningkat dan bimbangkan tiada siapa yang akan menemani pada hari tua, maka kita melakukannya? Tidak perlu rasa takut, kerana kita ada ALLAH S.W.T untuk melindungi dan menemani.

Adakah kita takut kebosanan kerana tiada teman bicara pada usia tua? Jika demikian, apa yang harus dilakukan? Jangan takut! Kita ada doa! Berceritalah sebanyak mana pun yang kita inginkan. Hadapi hidup ini dengan berani dan berusahalah untuk tidak menyakiti hati sesiapa pun supaya apabila telah sampai masa bertemu dengan pemilik nyawa, kita bertemu dengan wajah yang tenang dan gembira. Juga diiringi damai dan ketenangan.

Bagi yang boleh menerima poligami itu sebagai sebahagian daripada kehidupan, banyak persediaan dari segi mental dan fi zikal perlu dibentuk. Sematkan di hati, “Bukan mudah! Tetapi aku akan cekal mengharunginya kerana itu adalah pilihan!” Dengan itu, kita akan menjadi kuat dan bersemangat.
Berikut antara persediaan minda dan fizikal untuk berpoligami yang boleh menjadi pertimbangan kepada sesiapa sahaja:

*Niat. Kenalpasti niat sebenar kenapa sanggup berpoligami. Hanya ALLAH S.W.T dan diri sendiri sahaja yang tahu sebabnya. Berlaku jujurlah pada diri meskipun tidak dapat berlaku jujur dengan masyarakat.

Nilaikan sebaik mungkin niat anda itu. Perkara terbaik untuk kekal menyematkan niat itu, coretkan pada buku atau diari supaya apabila berlaku konfl ik yang menyesak dada, anda boleh mengimbas kembali niat yang tercatat. Semoga ia mampu mengendurkan tekanan emosi yang mungkin dialami kelak tanpa membuat keputusan salah.

*Mengenali pasangan pada saat anda sedang mencintai pasangan kecenderungan menjadi tidak rasional lantaran cinta yang menikam kalbu. Pastinya perwatakan yang ditonjolkan kepada anda bukanlah sifat keseluruhannya, maka selidikilah dengan menggunakan kebijaksanaan yang dimiliki. Insan yang boleh menjadi kaunter pertanyaan adalah ibu bapa pasangan itu sendiri, adik-beradiknya kawan-kawan di pejabat dan paling sesuai adalah pasangan itu sendiri.

*Sebelum mengambil sebarang keputusan, lihatlah melalui mata hati dan mintalah pandangan rakan-rakan kerana pandangan mereka adakalanya membantu di dalam membuat penilaian. Curahkan dan berkongsilah dengan rakan yang benar-benar menyokong. Pendapat mereka mungkin terbaik pada saat orang sekeliling yang lain melemahkan dan menentang anda. Sekiranya rakan yang sebelum ini menyokong, kemudian bertukar fi kiran ini menandakan anda harus memikirkan semula keputusan untuk mengahwini bakal pasangan. Bimbang  andai tidak seperti yang diimpikan.

*Menyemak kedudukan kewangan anda dan pasangan Cinta sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan.  Ini kerana, hidup tidak akan kenyang hanya dengan cinta.Oleh itu, sebelum membuat apa-apa keputusan, lakukanlah juga pertimbangan dari segi kewangan. Adakah anda sanggup berkongsi kesusahan dengan pasangan sekiranya dia tidak berkemampuan? Tanyakan kepadanya cara untuk melakukan pembahagian dan keadilan dari segi kewangan? Sekiranya jawapan yang diberi tidak dapat memberi figura yang tepat danmemuaskan hati, maka bersiap sedialah dengan persiapan fi zikal kerana ada kemungkinan dia tidak mampu menyara anda kelak!

Anda  harus faham, seorang suami telah dipertanggung- jawabkan oleh ALLAH S.W.T untuk memberi nafkah kepada isterinya walaupun isteri itu lebih berkemampuan daripada suami. Anda mungkin boleh boleh bertolak ansur di dalam soal nafkah tetapi dapatkah bertahan selama-lamanya? Bertahan bermaksud, suami memberi nafkah kepada isteri pertama tetapi hanya memberi nafkah kepada anda sekiranya ada rezeki lebih memandangkan anda lebih berkemampuan. Dapatkah menerima keadaan suami yang bertanggungjawab kepada isteri pertama dan tidak kepada anda memandangkan anda boleh bertolak ansur? Fikir-fikirkanlah...

*Bertemu dengan isteri pasangan anda. Ini adalah satu langkah yang paling sukar untuk dilakukan tetapi sekiranya anda ikhlas, bersiap sedialah untuk menerima apa sahaja bentuk ujian sebelum, semasa atau selepas bertemu dengan isteri pasangan anda. Ketahuilah, anda adalah insan yang melukai si isteri. Apapun yang berlaku, andalah yang seharusnya beralah dan bersabar. Kenalilah si isteri dengan ikhlas. Bersikap jujurlah, adakah anda sesuai bermadu dengan si dia? Adakah anda boleh meyakinkan diri bahawa anda boleh bertolak ansur dengan si dia? Di sinilah anda perlu menguji tahap kesabaran... sabarkah anda?

Tip berikut ini adalah persediaan sebelum bertemu dengan bakal madu anda:

·   Bersederhanalah ketika berpakaian agar tidak ber lebih- lebihan dalam berhias sebagai menghormati insan yang bakal anda temui. Sudah pasti si dia dalam keadaan celaru dan tiada mood untuk berhias.

·    Janganlah meminta pasangan menemani anda ketika menemui bakal madu. Seelok-eloknya biarlah anda berdua sahaja bertentang mata untuk menghasilkan perbincangan yang datang dari dalam hati.

·    Walaupun anda biasa memanggil pasangan dengan panggilan ‘abang’, sekiranya boleh, elakkanlah daripada membahasakan diri dengan panggilan tersebut di hadapan bakal madu kerana ia pasti melukai hati si dia. Hormatilah seadanya perasaan wanita yang bergelar isteri itu. Mungkin anda boleh meminta kebenaran terlebih dahulu atau bahasakan sahaja dengan panggilan nama bagi mengurangkan rasa sensitif atau kejanggalan.

·    Pertemuan mungkin lebih sesuai diadakan di luar rumah asalkan tidak di rumah anda atau rumah bakal madu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.

·    Kenali anak-anak pasangan. Sekiranya mempunyai kesempatan, berkenalanlah dengan anak-anak pasangan anda dan tanyalah pendapat mereka. Walaupun mereka masih kecil dan mungkin kurang mengerti tetapi percayalah, anak-anak kecil sangat memahami pergolakan jiwa yang berlaku dalam institusi keluarga mereka. Lihatlah reaksi mereka sama ada dapat menerimanya atau tidak. Sekiranya mereka langsung tidak dapat menerima ayah mereka diambil, buatlah sesuatu di pihak anda.

ALLAH S.W.T pasti mengirimkan anda kekuatan dan ketabahan seandainya anda sanggup berkorban demi melihat kebahagiaan anak-anak kecil ini. Sekiranya mereka menunjukkan tindak balas yang positif, ambil- lah hati mereka dengan cara terbaik. Mungkin mem - berikan cenderamata atau buah tangan sebagai tanda menjalinkan hubungan yang ‘lebih jauh’ lagi. Gunakan kebijaksanaan untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga baru. Janganlah ber harap pasangan anda yang memulakan langkah pen jernihan kerana anda boleh memulakannya dahulu.


·Fahami hak-hak seorang wanita Adalah penting sebagai persediaan buat diri untuk mempelajari beberapa hak-hak wanita sebagai isteri yang berpoligami. Ini penting sebagai perlindungan supaya apabila berlaku sebarang masalah, anda jelas dengan prosedur dan hak sendiri. Kalau boleh sesebuah perkahwinan itu ingin dibawa ke mati, dan kita sebagai manusia biasa tidak dapat meramal apa yang bakal berlaku di dalam caturan kehidupan kita. Maka persiapkan diri dengan pengetahuan tentang undang-undang keluarga Islam atau paling kurang mempunyai pengetahuan hak anda sebagai wanita dari sudut agama Islam.

 ·  Memahami kesan-kesan poligami. Fahami kemungkinan yang mungkin timbul setelah si suami menyatakan keinginan berpoligami. Kenapa anda harus tahu? Ini kerana ia akan menjadikan anda seorang yang lebih memahami dan prihatin kerana anda adalah wanita. Tiada siapa yang lebih mengerti melainkan wanita itu sendiri. Soalnya sama ada anda sanggup mengakuinya atau tidak.

Di antara kesan-kesan yang mungkin si isteri akan lalui:

         • Tidak lalu makan dan minum serta mengalami gangguan tidur malam yang berpanjangan.

         • Mengambil cuti sakit yang berterusan kerana hilang tumpuan di dalam tugasan atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menenangkan perasaan.

         • Berasa rendah diri dan kekurangan sehingga suami beralih kasih kepada wanita lain dan mewujudkan rasa kecewa yang mendalam dengan tindakan suami.

         • Tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu runsing dengan keadaan suami. Adakala cenderung untuk membunuh diri lantaran berasa hidup semakin kosong dan suami telah berlaku curang.

         • Solat istikharah dengan rimbunan doa memohon agar diberi petunjuk dan bantuan.

Tidak sempurna kehidupan kita sekiranya tidak melaksanakan langkah inimeskipun telah mengambil langkah-langkah yang lain. Hanya kepada ALLAH harus meminta dan bergantung harap. Perkara paling asas adalah berdoa dan terus berdoa dan jangan putus asa dengan doa.

Sekiranya anda telah mengikuti langkah-langkah tadi dan masih teguh dengan keputusan, maka berdoalah dengan ikhlas memohon petunjuk dan rahmat ALLAH S.W.T.

Bagi si suami renung-renungkanlah... sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah uswatun hasanah atau model terbaik bagi mereka yang berkobar-kobar ingin bertaqarub dengan ALLAH dan gerun terhadap hari akhirat. Suami yang ingin mengaplikasikan sunah berpoligami seharusnya juga mencari ciri-ciri isteri seperti para isteri Rasulullah s.a.w dan memahami bagaimana baginda mengemudi rumah tangga bahagianya itu.

Antara penilaian yang perlu dibuat oleh suami ialah “Mampukah aku meneladani Rasulullah s.a.w?” dan para isteri juga perlu bertanya, “Mampukah diri mencontohi atau paling tidak mencuri sedikit antara ciri-ciri seorang isteri Rasulullah?”

Kisah cemburunya Aishah perlu difahami dari aspek sirah.  Bukan sekadar memahami setakat emosi seorang wanita. Aishah mencemburui Siti Khadijah bintu Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w pertama yang telah wafat.

Cemburunya kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah lekang menyebut jasa dan setiap pengorbanan yang disumbangkan oleh Khadijah untuk perjuangan Islam. Cemburunya terhadap Khadijah disebabkan Rasulullah s.a.w menghormati keluarga Khadijah, sedangkan Khadijah telah meninggal dunia. (Ini bukan kes cemburu isteri pertama kepada isteri kedua). Apa jawapan Rasulullah, “WALLAH (ALLAH bersumpah)”, di hadapan Aisyah, ALLAH S.W.T tidak pernah mengantikan tempat Khadijah pada pandangan mataku. Lalu disebut hampir tujuh sebab yang membuatkan Aishah terdiam seumur hidupnya daripada mengulangi perbuatannya itu.

Selain daripada itu terdapat dalam surah al-Tahrim, kisah tentang komplot para isteri Rasulullah untuk menyakiti hati baginda dan bagaimana penyelesaian yang diambil olehnya untuk menyelesaikan perbuatan mereka.

Kisah Rasulullah s.a.w ini bukan kisah baginda baru ingin berkahwin tetapi bagaimanamenyelesaikanmasalah rumah tangga dan pada waktu yang sama menanggung tanggungjawab besar sebagai seorang nabi, ketua kerajaan dan umat. Ada pengajaran berguna yang perlu diambil oleh isteri dan juga suami. Bagi suami berhasrat untuk berkahwin lagi sewajarnya menghayati surah ini dan mempelajari bagaimana Rasulullah s.a.w mengemudi perkahwinan sepanjang hayatnya itu.

Apa  Kata Si Suri?

Teringin Tapi Takut. Itulah 3T yang selalu keluar dari mulut seorang lelaki apabila berbicara tentang poligami. Tak nak! Tak nak! Tak nak! itu pula 3T seorang isteri kepada satu-satunya suami yang ada. 3T itu bolehlah diluahkan secara agresif apabila suami membuka mulut tentang poligami, tetapi 3T lain diluahkan dengan 1000 rasa apabila suami yang ada telah pun bernikah secara senyap mengikut hukum agama dan bukan hukum undang-undang negara. Apakah 3T tersebut?

Tak Nak Tapi Terima

Tak nak? Terima? Mari saya huraikan satu demi satu. Sebelum itu, saya memohon keampunan ALLAH kerana tajuk yang akan dibincangkan ini adalah sesuatu yang dihalalkan-NYA namun tidak semua isteri mampu menerima dengan redha dan terbuka. Antara hukum dan penerimaan para isteri adalah sesuatu yang amat halus untuk dibicarakan. Silap mengatur ayat, akan terlanggar hukum.

Perasaan isteri yang dimadukan juga tidak boleh disisihkan. Isteri dan ibu itu umpama sekolah. Cemerlang sekolah, cemerlanglah pelajarnya. Kusut ibu, berteraburlah anak-anak.

Bukanlah perkara yang mudah untuk menerima hakikat yang kita akan atau telah dimadukan. Sewarak mana pun seseorang isteri itu, perasaan kecewa, sedih, pilu, sengsara pasti singgah di halaman hati yang pintunya telah ditutup rapi dari taklukan lelaki lain kecuali suami. Hati ini ciptaan ALLAH. DIA yang lebih mengerti perasaan kita, para isteri.

Mana-mana isteri yang dimadukan tidak boleh menafi kan perasaan negatif yang lahir dari hati yang kecewa. Itu hakikat hati seorang wanita yang telah menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada suami. Perasaan cemburu juga ciptaan ALLAH, bukan satu penyakit. Bukan dicipta isteri bahkan ia datang tanpa dipinta. Namun, perasaan cemburu dibisiki syaitan yang melebihi tahap kewarasan adalah penyakit yang perlu dirawat agar ia tidak memakan diri kelak.

Prof Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj@Hj Ramli dalam penulisannya di dalam majalah Solusi isu no.36, dengan bijaksana menghuraikan isu poligami ini. Kata beliau, selain daripada aspek fi trah keinginan berpasangan lebih daripada seorang, poligami juga secara amnya amat mencabar naluri manusia yang sememangnya tamak haloba dan membuahkan perasaan cemburu yang mendalam. Tiada manusia yang sanggup berkongsi kasih, namun hakikatnya poligami memerlukan pengorbanan yang besar dari sudut perasaan dan emosi.

Benar Dr., tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih suami, namun jika terjadi jua, bukan sedikit air mata yang tumpah. Begitu dalam hati dilukai, parah. Begitu payah menangkis cemburu yang datang menerjah. Adakah perasaan itu diundang? Tidak, ia fitrah. Ia lumrah. Tiada hati yang bisa menghalangnya dari menguasai diri.

Sejarah sendiri pernah merakamkan sifat cemburu para isteri Nabi Muhammad s.a.w. Sedang isteri Nabi yang mulia pun tidak dapatmenyembunyikan perasaan cemburu, mampukah kita para isteri yang imannya tidak setanding dengan iman mana-mana isteri Nabi itu, menyimpan kukuh rasa cemburu dalam hati dan menelan dalam-dalam perasaan tersebut agar suami tidak langsung menyedari yang kita sedang dilanda cemburu? Hayatilah beberapa kisah cemburu ummul mukminin ini agar di situ ada hikmah yang dapat dihayati.

Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian baginda s.a.w masuk lalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja.

Aisyah terus berkata, “Itu Zainab.” Lantas baginda segera menarik tangannya. Seketika kemudian, Aisyah dan Zainab mula bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan sedang berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran mereka berdua. Terus Abu Bakar berkata, “Wahai pesuruh ALLAH, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri- isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar untuk bersembahyang. Aisyah dengan cemas berkata, “Selepas pesuruh ALLAH bersembahyang, mesti Abu Bakar akan datang memarahiku.” Maka, benarlah selesai sembahyang, Abu Bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, “Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh ALLAH?”

Kisah yang lain apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi. Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yang baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat ALLAH bermaksud:

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh ALLAH bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, ALLAH ampunkan kesilapanmu itu) dan ALLAH sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.- At-Tahrim: 1

Satu peristiwa lagi ialah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya, Hafshah. Maka Hafshah menceritakan peristiwa itu kepada Aisyah dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu baginda memberitahu sebahagian (yang diberitakan ALLAH kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain daripada Hafshah.

Ketika Nabi Muhammad memberitahu perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu Hafshah bertanya, “Siapakah yang telah memberitahu hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahu kepadaku oleh ALLAH yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada ALLAH, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya ALLAH adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.”

Kisah Nabi Ibrahim juga boleh dijadikan iktibar, iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, perempuan yang mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Dia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah. (Riwayat Bukhari)

Semua orang akan diuji. Inilah ujian kita, para isteri. Semua isteri berpotensi untuk dimadukan. Namun, sebahagian suami tidak sampai hati untuk menduakan isteri. Mungkin terkenangkan saat mula-mula membina kehidupan. Menyewa di sebuah rumah murah, berkeretakan Proton Saga second hand dan serba-serbi sederhana. Lalu setelah berbelas tahun melayari bahtera berdua bersama permata hati, si suami tidak tergamak melukakan hati si isteri yang taat setia. Tetapi, ramai yang tergamak kerana seperti kata kebanyakan orang, madu itu amat manis bagi suami. Pahit bagi isteri.

Saya terkenangkan seorang jiran lama yang sekarang telah pun berumur sekitar 80-an. Isteri tersayang meninggalkannya bersama-sama enam orang anak yang masih kecil semasa beliau berumur sekitar lewat 30-an. Beliau kekal mendudasehingga ke saat ini. Kenapa? Apabila ditanya kenapa tidak mencari pengganti, jawapannya amat menyentuh hati. “Dialah isteri pak cik yang amat baik dan tiada duanya. Berkahwin lain bermakna pak cik akan menduakan kesetiaan dan kasih sayang selama kami hidup bersama-sama.” Subhanallah. Ramaikah lelaki seperti pak cik itu? Ada... mungkin satu dalam berjuta.

Ada ke isteri yang hendak dimadukan? Jika ada pun, jumlahnya tidak ramai kerana kebanyakan isteri tidak mampu berkongsi suami dengan wanita lain. Bayangkan kita dan suami telah mengusahakan sebidang tanah selama 15 tahun. Telah banyak pengorbanan dilalui bersama-sama. Susah dan senang mengusahakan tanah itu hanya kita yang lebih memahaminya. Pepohon hijau mulameninggi. Hasil tanaman telah kelihatan. Usaha menjaga tanaman perlu digandakan. Pohon yang sedang membesar dan mula mengeluarkan buahnya memerlukan perhatian rapi.

Pernah tanah kita dilanda ribut, pernah tanaman kita diserang ulat. Namun, berkat kesabaran dan ketabahan, semua ujian dan halangan berjaya dilalui. Namun tiba-tiba, seorang wanita datang ke tanah kita dan meminta suami kita itu membantunya mengusahakan tanahnya pula. Bermula daripada menebas, membersih seterusnya menabur benih. Sedangkan tanah dan segala hasil tanaman di tanah kita sendiri perlukan perhatian dan bantuan suami.

Masa suami menjadi sangat terhad kerana tanah wanita itu perlu diusahakan dari awal. Seperti usaha kita bersama- sama suami 15 tahun sudah. Kita sedia maklum kesusahan dan keperitannya. Tapi suami kita tidak kesah bahkan bersetuju membantu wanita tersebut. Suami rela. Sangat rela. Bayangkanlah... jika contoh yang saya nyatakan tadi agak keterlaluan, saya mohon kemaafan, tapi itulah bahasa terlembut untuk menggambarkan situasi yang amat ditakuti isteri.

Terima? Ya, kita terima, walau hati tidak rela tetapi ter- paksa menerimanya. Ini kerana ALLAH sendiri telah menghalalkannya. ALLAH yang mencipta makhluk bernama lelaki, maka DIA lebih mengetahui segala-galanya. ALLAH jugamencipta mahluk bergelar perempuan.

ALLAH juga tentu lebih memahami mereka. Jika suami yang ingin berkahwin lagi benar-benar mengamalkan akhlak Nabi dan bukannya memilih-milih dalam sesetengah perkara sahaja, saya pasti keterpaksaan yang dirasakan isteri tidaklah begitu mendalam (kerana kita akur poligami pernah diamalkan Nabi). Tetapi (kenapa perlu tetapi, nanti, dengar dahulu), ramai suami yang berkahwin dua atau tiga malah empat, tidakmengamalkan akhlak Nabi dalam hal berpoligami. Bila bertemu wanita lain yang dirasakan sesuai untuk dijadikan bakal isteri kedua, isteri sedia ada tidak akan diberitahu. Kenapa?

Pertemuan demi pertemuan berlaku tanpa pengetahuan isteri. Hadiah demi hadiah dikirim tanda kasih sayang terhadap bakal isteri kedua, juga pastinya tanpa pengetahuan isteri. Apabila perlu bertemu kekasih hati, isteri ditipu.

Ramai suami berkata, “Bukannya kami menipu, kami cuma tidak berterus terang, kami menangguhkan kebenaran.” Apabila bermesej, nada penerimaan dimininumkan, malah disenyapkan terus takut diketahui isteri. Banyak lagi peristiwa tidak berterus terang ini berlaku, semuanya tanpa pengetahuan isteri. Sehinggalah bernikah di Selatan Th ailand atau nikah sindiket. Kenapa ini terjadi? Kerana suami tidak mengamalkan akhlak Nabi? Susah sangat ke?

Jadi inilah penyebab utama mengapa para isteri terasa diri mereka tidak lagi dihargai atau ditipu hidup-hidup oleh suami tercinta. Ramai suami membelakangkan isteri. Mengenepikan perasaan isteri dan memusnahkan impian kesetiaan. Hmm... berat, sungguh berat untuk menggambarkan secara tepat apa yang telah dilalui oleh isteri-isteri pertama. Terkadang, tiada perkataan yang tepat. Hanya kepada ALLAH isteri-isteri ini meluahkan penderitaan batin dan jiwa apabila menerima khabar sedih itu.

Harapan kepada suami mungkin berubah. Tidak lagi mengharapkan sokongan, ingatan dan tidak lagi boleh bermanja-manja sepanjang masa. Perasaan pula mudah menjadi sepi, pilu apabila melihat pasangan suami isteri lain yang kekal berdua, sedang kita bertiga atau berempat. Walau sedih, pilu dan sakit, kita telan juga apa yang telah ditakdirkan dengan berbaik sangka kepada ALLAH.

Terkadang perasaan rindu menerkam hati, menerjah jiwa, basah bantal dek air mata, segera mengingatkan diri sendiri agar tumpahkanlah rindu dan air mata itu hanya untuk ALLAH dan Muhammad Rasulullah. Jika terlalu sedih dan sakit, kita berbisiklah kepada ALLAH,

“Ya ALLAH, kukorbankan perasaan ku terhadap suamiku kerana-MU, kerana mengharap redha-MU, kerana mengharap syurga-MU. Mungkin pengorbananku tidak setanding dengan pengorbanan Rasulullah, para isteri baginda, ahli keluarga baginda dan para sahabat, namun, Ya ALLAH, aku ini seorang wanita biasa, seorang isteri yang dikurniakan rasa kasih sayang yang mendalam terhadap suamiku, yang diciptakan oleh-MU rasa cemburu dan rindu. Ya ALLAH terimalah pengorbanan perasaanku ini. Terimalah tanpa dihisab Ya ALLAH. Perasaanku ini hanya Dikau yang Maha Memahami.”

Apabila berpoligami, waktu suami bersama-sama kita dan anak-anak semakin terhad. Jika selalunya, setiap hujung minggu, ada sahaja perancangan untuk anak-anak, namun keadaan pasti berubah.

Jika sebelum ini, giliran raya terhad kepada kita dan suami, tetapi kini terbahagi tiga. Perasaan seronok berhari raya akan berkurangan. Terkadang, hati yang jahat terfikir, adakah hati suami ada di sisi atau melayang terkenang si madu? Siapalah kita untuk menelah menung si suami, tetapi hakikatnya begitulah.

Terkadang juga terfikir mungkin suami mampu berbahagia dengan isteri kedua, jadi mengapa kita terus diminta untuk kekal dalam rumah tangga? Mudah merajuk dan mudah tersinggung. Juga mudah menyangka yang bukan-bukan. Huh, betapa banyak dosa apabila dihitung. Mengeluh pula apabila mengenangkan saat-saatmanis ketika berdua, ketika kasih belum dikongsi. Anak-anak juga seakan mengerti yang masa dan keadaan si ayah telah berubah. Mereka tidak menuntut itu dan ini tetapi di dalam mereka, manusia mana mampu menelah?

Isteri mana yang bahagia apabila dipoligami? Sepanjang pengalaman saya sebagai bekas Peguambela dan Peguamcara atau pengalaman mereka yang terdekat atau rakan-rakan yang mengadu kisah, belum pernah saya berjumpa jawapan kepada soalan yang diajukan tadi.

Malah ramai yang kecundang setelah bertahun mencuba. Ada juga yang mendakwa sebagai isteri pertama, hati kita akan sentiasa dilukai. Belum sembuh luka lama, ditambah lagi dengan luka baru. Hanya mereka  yang betul-betul tabah sahaja mampu bertahan itu pun dengan luka yang tidak pernah sembuh. Tidak akan sembuh, barangkali.

Namun mungkin saya yang belum pernah menerima jawapan yang begitu positif,mungkin ada tapi belum di- takdir kan bertemu dengan mereka. Saya berbaik sangka. Perasaan dan emosi isteri terhadap poligami mungkin pahit pada awalnya, pertengahannya dan akhirnya. Manisnya di dunia sana, insya-ALLAH.

Emak saya pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang mempunyai dua isteri, yang kemudiannya membina dua buah rumah berdekatan. Mereka kelihatan bahagia. Kita orang luar yang melihat secara luaran, mengandaikan mereka bahagia dengan kehidupan berpoligami. Sewaktu lelaki itu terbaring sahaja akibat sakit tua, mulalah timbul buih-buih kebenaran. Kedua-dua isterinya tidak lagi bertegur sapa dan sebaik sahaja suami itu meninggal, isteri kedua terus meninggalkan rumah bersama-sama anaknya dan pulang ke kampung halaman.

Apa yang tersurat daripada tersirat selama ini? Isteri-isteri ini saling ingin menjaga hati suami semasa arwah masih sihat dan hidup, tetapi setelah si suami terlantar dan tidak mampu bergerak, isteri-isteri ini tidak mampu menahan apa yang terpendam di hati mereka selama ini. Mereka memilih untuk menjaga hati mereka pula. Mereka isteri solehah semasa hayat suami mereka. Semoga ‘manis’ madu yang dipertahankan semasa hayat suami masih ada itu mendapat perhatian daripada ALLAH dan semoga mereka mendapat ganjaran yang berganda di dunia sana.

Namun akhirnya, sampai juga ke telinga saya tentang pertemuan dua madu. Isteri kedua bertanyakan kepada isteri pertama, kenapa begitu payah menerima hakikat yang mereka telah bermadu? Isteri kedua teringin untuk merasai apa yang dirasakan oleh isteri pertama. Isteri kedua pula berasa pelik kenapa isteri pertama begitu memberontak? Isteri pertama dalam kepayahan mengatur jawapan dengan berkata, “Awak matilah dahulu, kemudian minta izin hidup semula, berkahwinlah dengan lelaki bujang, dan kemudian jika suami awak itu berkahwin sekali lagi, awak akan merasakan apa yang saya rasai sekarang.”

Mengapa perlu begitu kedekut? Mengapa perlu begitu tamak? Mengapa perlu begitu cemburu? Wahai pembaca budiman, jawapannya, ini soal hati... hati yang telah dicipta ILAHI. Untuk mencorak hati agar menjadi lebih redha dengan poligami yang diamalkan suami ia bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan jelik jika saya mengatakan ia sangat berkait rapat dengan cinta kita kepada ALLAH.

Jangan mencebikkan bibir jika saya katakan tahap keimanan kita mempengaruhi besar tindak balas kita terhadap istilah poligami. Walaupun sedaya upaya seorang isteri pertama itu cuba memujuk hatinya agar redha dengan ujian ALLAH, namun hati tetap dihiris halus dengan situasi yang mendatang dalam hidup berpoligami. Mungkin betul kata orang lama, hati pedih bak dihiris sembilu. Begitu dalam pedihnya. Hanya kesabaran yang mampu menguatkan hati. Sesuai dengan kata- kata ALLAH dalam surah An-Nisa’ ayat 25:

“...tetapi jika kamu bersabar, itu lebih baik bagimu. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Hanya mereka yang bersabar sahaja memegang janji ALLAH tentang kelebihan orang yang bersabar. Dan mereka jugalah yang mampu menjalani kehidupan poligami dengan tenang walau sering dibadai ombak perasaan dan dihempas tsunami emosi. Hayati kata-kata ini sebagai penguat diri...

Butir Bicara Ali Bin Jabalah

Semoga kebahagiaan menjelma

Semoga jiwa kita terubat dengan harapan

Maka janganlah menyerah

Sebab jika kau menyerah

Kecemasan akan menyerap jiwa

Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan

adalah orang yang memiliki kebahagiaan...

Bicara Abul Muzhaff ar Al-Abyurdi

Masa telah melemparkanku kepada malapetaka

hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah

Hancur lebur hatiku hingga berkeping-keping

Saat anak panah itu menghujam ke dadaku

Tidak pernah kuingat lagi bencana itu

Kerana bagiku semua itu tidak bermanfaat.

Wanita, Isteri dan Hak di Dalam Undang-undang Islam

Wanita tidak pernah dipinggirkan. ALLAH mengiktiraf hak-hak wanita dan Rasulullah juga menguatkuasakan hak-hak tersebut. Ada pula surah An-Nisa’ yang ALLAH turunkan sebagai panduan termasuklah surah lain yang mengandungi banyak garis panduan buat para wanita dan isteri. Sungguh ALLAH itu Maha Adil terhadap hamba-NYA.

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), ALLAH Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.- Al-Baqarah: 228

Namun hakikatnya di tangan manusia, hak wanita sering dinafikan. Wanita pernah dan masih ditindas sehingga kini. Wanita dijadikan barang dagangan dan dijadikan sebagai alat pemuas nafsu. Sehinggalah hadirnya Nabi Muhammad s.a.w, menjadi penyelamat maruah dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Ketika itu nasib kaum wanita telah terbela.

Di Malaysia contohnya, untuk memastikan hak setiap wanita terpelihara, setiap negeri mempunyai Enakmen atau Akta Keluarga Islam yang mangandungi peruntukan-peruntukan berkaitan wanita. Sebagai individu bergelar wanita, hak-hak ini telah termaktub dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Tidak seperti pada zaman jahiliah atau di sesetengah negara, kebajikan dan hak wanita telah diketepikan.

Di Malaysia, keadilan terhadap wanita dijamin. Hak wanita yang telah diamanahkan oleh ALLAH dan diseru oleh Rasulullah semasa khutbah terakhirnya, dilaksanakan dengan baik di tanah air kita. Penguatkuasaan pelaksanaan dipantau. Cuma, sebagai wanita, kita perlulah mengambil tahu tentang hak dan keistimewaan tersebut serta berusaha untuk celik undang-undang. Hak-hak ini dianugerahkan kepada kita bertujuan untuk membolehkan pihak wanita menuntut hak yang sepatutnya diberi bersandarkan kepada tuntutan hukum syarak.

Hak Untuk Berkahwin


Semua wanita normal pasti mengimpikan perkahwinan bersama-sama lelaki tersayang. Hak untuk berkahwin disediakan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [selepas ini disebut AUKI 1984]. Ia dijelaskan di bawah seksyen 8 iaitu: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika hakim syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.” Setiap negeri juga mempunyai peruntukan yang sama.

Jika dilihat daripada seksyen tersebut, terdapat sekatan umur untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, pengecualian atas sekatan turut disertakan untuk kes-kes tertentu. Tujuan sekatan adalah untuk memastikan pasangan yang akan berkahwin mempunyai persediaan yang cukup sebelum memasuki alam rumah tangga yang mencabar. Kematangan dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab berat adalah antara kunci utama untuk memastikan kelangsungan perhubungan dalam dunia rumah tangga.

Usia matang adalah salah satu faktor yang mampu mengelakkan pasangan daripada bercerai. Dunia rumah tangga adalah medan ujian kesabaran dan ketabahan hati suami isteri. Dunia ini bukanlah dihuni oleh mereka berdua dan anak-anak sahaja tetapi berkait juga dengan kaum keluarga kedua-dua belah pihak dan masyarakat sekeliling. Kadang kala ujian yang datang sungguh hebat dan menguji tahap kesabaran. Kematangan dalam mengendalikan emosi, tutur kata dan tindakan mampu memastikan kerukunan rumah tangga.

Umur matang juga berkait rapat dengan kestabilan ekonomi rumah tangga. Selalunya mereka yang lebih matang usianya sudah mempunyai pendapatan yang stabil, maka mereka akan mampu menyara satu kehidupan baru yang menuntut pelbagai perbelanjaan. Itulah antara hikmah yang terkandung dalam sekatan umur sesuai untuk berkahwin. Namun, sekiranya mereka yang di bawah umur ini masih ingin meneruskan hasrat atau terpaksa berkahwin pada usia muda, kebenaran hakim syarie adalah diwajibkan. Hakim akan meneliti sebab-sebab munasabah sebelum membuat keputusan memberi kebenaran tersebut.

Hak Terhadap Mas Kahwin

Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu se bahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya.- An-Nisa’:4

Wanita berhak ke atas mas kahwin semasa akad nikah dijalankan. Hak ini wajib disediakan suami. Jika tidak, ia akan dikira terhutang. Firman ALLAH: Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh daripada mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri- isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf itu lebih adalah lebih dekat pada takwa. Dan janganlah melupakan keutamaan antara sesama kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. - Al-Baqarah: 237

Hak Nafkah: Zahir dan Batin

Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan  dan perubatan. Firman ALLAH yang bermaksud:

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan ALLAH kepadanya. ALLAH tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang ALLAH berikan kepadanya.”- Al-Talaq:7

Hadis Rasulullah juga menerangkan tentang nafkah kepada isteri. Daripada Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “Saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya, “Berilah mereka makan daripada makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian daripada pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka. - Riwayat Abu Dawud.

Nafkah zahir lebih kepada keperluan luaran. Nafkah batin pula cenderung kepada dalaman. Sokongan emosi dan perasaan juga dianggap nafkah batin. Firman ALLAH Taala:

Isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-NYA. Dan berilah khabar gembira kepada orang beriman.- Al-Baqarah:223

Hak-hak Lain

Banyak lagi hak seorang isteri yang terkandung dalam ajaran Islam. Antaranya hak untuk mendapatkan bimbingan agama yang menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat. Sekiranya hak ini tidak dapat ditunaikan suami, isteri bolehlah mempelajarinya daripada mereka yang layak memberi tunjuk ajar. Hal ini jika dilakukan kerana mencari keredhaan ALLAH mungkin dapat meringankan hisab ALLAH kelak kerana suami yang memberikan pengajaran agama kepada isterinya.

Hak lain ialah hak untuk mendapatkan layanan yang baik daripada suami. Wanita dianugerahkan ALLAH dengan pelbagai emosi. Kita juga mudah meluahkan sesuatu yang tidak kena dengan jangkaan dan kehendak kita. Suami perlu lebihbanyak bersabar sejajar dengan firman ALLAH yang bermaksud:

...Dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak. - An-Nisa’: 19

Daripada Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak di- luruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut.”- Riwayat Bukhari dan Muslim

Wanita dan isteri perlu mengetahui tentang peruntukan hak yang telah disediakan Islam. Sepanjang tempoh per- kahwinan, jika ada hak yang sepatutnya diberi suami tetapi sengaja diabaikan tanpa alasan yang munasabah, wanita perlu bertindak. Mungkin tindakan paling awal yang boleh diambil ialah menasihati suami secara berhikmah. Supaya suami kembali sedar dan menunaikan hak-hak tersebut. Namun, sekiranya tidak berkesan, gunalah orang tengah yang dihormati suami seperti ahli keluarganya sendiri.

Jika masih tidak berubah, rujuklah kepada kaunselor perkahwinan atau ustaz ustazah yang disegani suami. Sekiranya terus gagal, jalan keluar yang mungkin paling sesuai ialah keluar dari perkahwinan dengan memohon kepada Mahkamah Syariah Negeri. Wanita perlu juga memikirkan tentang ke- bajikan dan kesejahteraan diri sendiri dan bukan hanya berserah begitu sahaja. Terutamanya apabila melibatkan kesejahteraan anak-anak!

Hak Selepas Perceraian

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tidak semua perkahwinan diakhiri dengan bercerai mati. Jika bercerai mati, alhamdulillah, maknanya kata-kata suami, hanya kematianlah yang boleh memisahkan kita telah terbukti. Yang paling tidak diingini ialah bercerai hidup. Ikatan perkahwinan yang cuba dipertahankan hingga ke akhir hayat terpaksa juga diputuskan setelah tiada jalan keluar.

Terdapat empat jenis perceraian yang berkuatkuasa di Malaysia:

Perceraian dengan persetujuan/dengan perintah mahkamah;

Perceraian taklik;

Perceraian fasakh;

Perceraian tebus talak (khuluk).

Perceraian dengan persetujuan dengan perintah mahkamah ialah apabila seorangsuami atau isteri membuat permohonan kepada mahkamah dengan mengisi borang-borang tertentu untuk bercerai sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk berbuat demikian. Beberapa perkara perlu dibutirkan, antaranya maklumat tentang anak, alasan memohon perceraian, nafkah dan tempat tinggal isteri dan anak-anak, penjagaan anak dan pembahagian harta.

Seterusnya perceraian taklik yang bermaksud cerai taklik ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan. Di bawah seksyen 50(1) AUKI 1984: “Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin,memohon kepada mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.”

Kebiasaannya, taklik tersebut menyebut sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya atau sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isterinya. Isteri yang ditinggalkan atau dicederakan boleh mengadu kepada mahkamah syariah.

Jika aduan tersebut disahkan oleh mahkamah, maka terjadilah perceraian secara taklik. Perceraian taklik boleh juga berlaku apabila seorang suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu.

Perceraian fasakh pula bermakna pembatalan atau pem- bubaran perkahwinan antara suami isteri melalui perintah mahkamah atas beberapa alasan. Antaranya:

 1) Suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada setahun;

 2) Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri dan anak-anak selama tempoh tiga bulan;

3) Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

4)  Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun;

5)  Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

6)   Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

7)  Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

8)   Bahawa suami menganiayanya, iaitu, antara lain –


• Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

• Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak; atau

• Cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

 • Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu menggunakan hak haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

• Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

• Jika mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri berkenaan dengan secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syarak; atau

• Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

Seterusnya ialah perceraian tebus talak (khuluk); menurut seksyen 49(1): “Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, mahkamah hendaklah selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah bain sughra atau tak boleh dirujukkan.”

Khuluk ialah perceraian yang diminta oleh isteri daripada suami dengan memberi wang atau harta benda lain kepada suaminya. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk meluluskan permohonan perceraian khuluk walaupun pihak suami tidak memberi persetujuan sekiranya mahkamah berpendapat bahawa suami isteri tersebut tidak dapat hidup bersama dengan damai dan selaras dengan kewajipan mereka.

Antara sebab yang membolehkan seseorang isteri mendapatkan tebus talak daripada suaminya ialah –

• Isteri tidak tertahan lagi tinggal dengan suaminya kerana suami berperangai jahat;

• Suami menyakiti hatinya menyebabkan isteri telah kehilangan kasih sayang terhadap suami;

• Kerana sebab-sebab lain yang membuat mereka tidak dapat bercampur atau bergaul dengan aman dan harmoni.

Hak Hadanah

Selepas perceraian, timbul pula isu hadanah atau penjagaan anak-anak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Siapakah yang lebih layak mendapat hak penjagaan ini? Jawapannya, ibulah orang yang paling berhak menjaga mereka sehingga anak kecil itu mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan). Sekiranya timbul pertikaian tentang hadanah, mahkamah syariah merupakan pihak yang mempunyai autoriti untuk merungkainya. Kebajikan anak akan menjadi faktor utama dalam menentukan hak hadanah.

Hak keutamaan dalam hadanah bagi menjamin kebajikan kanak-kanak tersebut seperti dalam seksyen 81(1) AUKI 1984: “Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.”

Walaupun ibu/isteri lebih layak untuk mendapatkan hak hadanah, namun hak tersebut boleh berpindah kepada orang lain sekiranya dapat dibuktikan seseorang ibu/isteri itu dikenali dengan kefasikannya seperti penzina, pencuri, peminum arak atau penjudi. Murtad atau bertukar agama juga boleh membatalkan hak hadanah tersebut. Juga sekiranya seseorang perempuan itu berkahwin dengan lelaki lain, hak hadanah akan bertukar tangan.

Hadanah mempunyai tarikh tamat tempoh. Tempoh hadanah tamat setelah kanak-kanak mencapai umur mumaiyiz, iaitu tujuh tahun untuk kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun untuk kanak-kanak perempuan. Setelah tamatnya hak hadanah, jagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak- kanak itu telah mencapai umur (mumaiyiz), maka kanak- kanak itu berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya. Apa pun, keputusan muktamad adalah kuasa mahkamah.

Mutaah

Selepas bercerai, bolehkah isteri memohon mutaah? Mutaah ialah suatu pembayaran sagu hati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai sama ada berupa wang atau pun barang. Sagu hati mutaah ini dikira bayaran yang wajib apabila perceraian itu berlaku bukan disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri. Firman ALLAH bermaksud:

Hendaklah kamu memberikan mutaah (iaitu pemberian sagu hati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya sebagai pemberian sagu hati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat demikian. - Al-Baqarah: 236

Mengikut Imam Shafi e, mutaah itu wajib diberikan kepada isteri sama ada dia diceraikan sebelum atau selepas disetubuhi, sudah ditentukan maharnya atau belum. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan barang lain.

Peruntukan mengenai mutaah pada umumnya terdapat dalam semua Enakmen Keluarga Islam Negeri. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, misalnya menyebut – “Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patutmengikut hukum syarak.”

Mutaah diserahkan kepada isteri supaya beban yang ditanggung akibat perceraian dapat dikurangkan. Sudahlah perasaan terluka, emosi terganggu, masyarakat pula mungkin akan menganggapnya bukan isteri yang baik sehingga di- ceraikan suami. Ini adalah kerana bagi mereka yang memahami hukum mutaah, hak mutaah ini akan gugur sekiranya per- ceraian mereka adalah disebabkan sabitnya hukum nusyuz ke atas isteri, atau isteri murtad atau isteri sendiri yang me mohon tebus talak dari suaminya.

Pemberian mutaah oleh bekas suami sekurang-kurangnya membantu wanita itu memulakan hidup baharu. Pandangan serong masyarakat juga dapatlah dielakkan. Ia juga dikira sebagai penghargaan bekas suami terhadap wanita itu.

Lelaki yang bertanggungjawab pasti tidak akan menghadapi masalah untuk membayar sejumlah mutaah yang dikira munasabah dengan pendapatan dan harta yang dimiliki, namun terdapat juga lelaki yang enggan mengiktiraf hak ini. Pengalaman saya sendiri ketika membuat penyelidikan tentang kes- kes perceraian di makamah syariah di satu daerah di Johor menunjukkan terdapat lelaki yang enggan menceraikan isteri sekiranya isterinya itu berhasrat untuk menuntut mutaah.

Isteri yang terseksa dengan sikap buruk suami setelah beberapa tahun itu terpaksa melupakan hasratnya menuntut mutaah kerana ingin memudahkan perbicaraan.

Nafkah Idah

Seksyen 59(1) AUKI 1984 menyatakan: “Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya” Nafkah yang dimaksudkan itu ialah nafkah idah atau eddah. Idah ialah satu tempoh selepas perceraian. Tempoh tersebut telah ditetapkan ALLAH bergantung kepada keadaan isteri ketika diceraikan atau ketika perkahwinan dibubarkan oleh mahkamah. Ketika tempoh idah, ada bekas isteri berhak kepada nafkah idah namun ada juga yang tidak berhak seperti isteri yang terbukti nusyuz kepada suami.

Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu ber- tempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkanmereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.- At-Talaq: 6

Nafkah tersebut lebih kepada keperluan seharian bekas isteri dan juga tempat tinggalnya.  Hak untuk mendapatkan tempat tinggal sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 71(1) AUKI 1984: “Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.”

Hak Terhadap Harta Sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diusahakan bersama-sama oleh pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan. ‘Harta sepencarian’ telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “Harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Di bawah seksyen 58(1) AUKI 1984: “Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah suapaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.”

Selepas bercerai atau ketika suami menyatakan hasrat untuk berpoligami atau telah pun berkahwin lagi tanpa pengetahuan isteri, isu harta sepencarian akan mula timbul. Ini adalah kerana isteri berasakan yang mereka berhak kepada harta yang telah diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan dan kerana inginmenjaga kebajikan diri sendiri termasuk kebajikan dan masa depan anak-anak.

Semua sedia maklum, apabila diceraikan, harta yang dibeli atau diusahakan secara bersama-sama akan ditinggalkan kepada penama harta tersebut. Sekiranya rumah dibeli atas nama suami dan berlaku perceraian dan suami berkahwin dengan wanita lain, maka secara logiknya, rumah tersebut akan didiami oleh bekas suami bersama isteri barunya. Disinilah timbul isu harta sepencarian. Rumah tersebut walaupun dibeli oleh suami, tetapi dijaga bersama-sama oleh isteri.

Tuntutan harta sepencarian akan dinilai oleh mahkamah melalui sumbangan suami isteri secara langsung atau secara tidak langsung. Sumbangan secara langsung dinilai melalui sumbangan modal atau wang ringgit. Manakala sumbangan secara tidak langsung pula dinilai melalui sumbangan yang bukan berbentuk kewangan.Ia berbentuk dorongan, kata-kata semangat, buah fikiran yang positif yang menyebabkan pemilikan harta oleh suami. Seterusnya harta tersebut dijaga di samping isteri menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak mereka.

Bukan dengki bukan iri tetapi ini isu hak. Isteri yang akan memulakan kehidupan baru setelah bercerai terpaksa bermula dari awal kembali. Dari langkah pertama seperti mencari kediaman baru, sekolah baru, peralatan rumah baru dan serba-serbi baru. Bebanan ini dapatlah dikurangkan andai harta sepencarian tersebut dijual dan dibahagi mengikut nilai sumbangan isteri.

Kadar pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan takat sumbangan yang diberikan oleh satu-satu pihak itu dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan faktor yang berikut:

·Takat sumbangan yang dibuat oleh pihak-pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperoleh harta tersebut;

·Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama (usaha bersama sahaja);

· Keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu.

Perintah pembahagian boleh dibuat dengan pelbagai cara iaitu:

oSecara sulh/pengantaraan – iaitu dengan cara pengakuan dan penyerahan hak kepada satu pihak lagi seperti si suami mengaku bahawa rumah itu adalah harta sepencarian tetapi dia tidak mahu menuntut, sebaliknya melepaskan haknya terhadap rumah itu kepada bekas isteri dan anak-anaknya;

o Secara bayaran balik – iaitu apabila diakui sebidang tanah ialah harta sepencarian tetapi si suami atau isteri mahu memiliki terus tanah itu maka siapa yang ingin terus memiliki tanah itu hendaklah memulangkan semula wang pihak satu lagi yang telah dibayar semasa pembelian tanah itu;

o  Secara penjualan – iaitu si suami dan isteri tidak mahu memiliki sesuatu harta/aset tetapi mahukan bahagian masing-masing, maka mahkamah akan memerintahkan harta aset itu dijual dan pembahagian mengikut kadar sumbangan terhadap harta/aset itu;

o Secara dibahagi dua – dalam keadaan kedua belah pihak suami dan isteri telah sama-sama menyumbang dalam memperoleh harta itu;

o Pertimbangan mahkamah dengan mengambil kira kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak itu.

Hak dalam Poligami

Di bawah undang-undang Islam, poligami bermaksud seorang lelaki Islam berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri (sehingga empat) dengan syaratbahawa dia boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya sebagaimana yang terkandung dalam surah An-Nisa’ (4):3. “...Maka kahwinilah wanita- wanita yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja...”

Ditakdirkan suami ingin atau telah berpoligami, isteri pertama yang dimadukan turut dilindungi undang-undang. Jika suami mempunyai alasan yang munasabah untuk berkahwin lagi, mahkamah pasti memberi keizinan. AUKI 1984 misalnya menetapkan beberapa syarat sebelum lelaki itu dibenarkan oleh mahkamah untuk berbuat demikian. Seksyen 23 menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasa masih di dalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah.

Seksyen 123 menyatakan sekiranya lelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi, maka dia telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, mahkamah juga perlu berpuas hati tentang lima perkara sebelum kebenaran diberikan iaitu:
 * Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada, hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

 * Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana di- kehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

 * Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak;

* Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan ‘darar syarie’ kepada isteri atau isteri- isteri yang sedia ada; dan

Beberapa tatacara undang-undang telah dilaksanakan di mahkamah syariah untuk permohonan poligami oleh pihak suami. Isteri sedia ada akan dimaklumkan terlebih dahulu dan dipanggil hadir ke mahkamah untuk memberi kebenaran. Sekiranya isteri mempunyai alasan mengapa perkahwinan kali kedua suaminya itu tidak harus diteruskan, mahkamah akan meneliti dan akan membuat keputusan berdasarkan kenyataan kedua suami isteri itu.

Kebiasaannya hakim syarie akan memberi nasihat kepada suami yang ingin berpoligami tentang tuntutan adil terhadap isteri-isteri dan tanggungjawab yang akan dipikul kelak. Beliau mestilah bersedia dan boleh berlaku adil terhadap isteri yang sedia ada, anak dan orang yang menjadi tanggungannya.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, daripada Aisyah r.a telah berkata,sesungguhnya Rasulullah s.a.w membahagikan giliran sesama isterinyadengan adil dan baginda berdoa: “Ya ALLAH, ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan, kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya.” Berkata Abu Daud, maksudnya ialah hati.” -Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’I, Ibn Majah

Suami yang memilih untuk berkahwin sekali lagi tanpa kebenaran mahkamah haruslah bersedia juga untuk dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengamalkan poligami tanpa kebenaran. Sekiranya ini berlaku, pasangan tersebut telah melakukan dua kesalahan iaitu berkahwin di luar negara tanpakebenaran mahkamah dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah yang masing-masing boleh didenda tidak lebih daripada RM1000 atau dipenjarakan selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tujuan peruntukan undang-undang ini bukanlah untuk mengharamkan poligami yang dihalalkan ALLAH tetapi adalah untuk membela nasib isteri sedia ada, anak-anak dan isteri baru. Telah banyak kes isteri diabaikan begitu sahaja apabila suami mengamalkan poligami. Kebanyakannya me- libatkan isteri pertama, namun isteri kedua atau ketiga malah keempat turut berpotensi untuk diabaikan andai suami adalah jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Oleh Siti Farrah Shahwir & Noraini Ismail

1 comment:

  1. Salam. Boleh try produk saya ni tgk.. please refer di link kat bawah ni..

    http://www.ubatvitiligo.com/

    Contact saya untuk pertanyaan lanjut, 019-5440021 (Arif Aziz)

    TQ.

    ReplyDelete

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©