Kes Wanita Dera Anak Dah Selesai

Thursday, May 10, 2012 by
 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.

“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

Oleh: Raja Noraina Raja Rahim

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©