Janda Kaya Rugi RM5 Juta Ditipu Awang Hitam

Thursday, May 24, 2012 by
Izany Abdul Ghany (tengah) menunjukkan barang dirampas.


RUMAH banglo seorang janda tua yang terletak tidak jauh dari Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur telah dijual untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada anggota sindiket penipuan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Demi cinta dan terpedaya dengan ayat romantis seorang lelaki yang menyamar pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat, seorang ibu tunggal kerugian RM5 juta selepas ditipu kekasihnya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, mangsa berusia 63 tahun itu berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sembang Internet sejak 2010.

Menurutnya, selepas beberapa bulan berhubung dan saling berbalas mesej melalui laman sembang Internet, wanita yang mempunyai firma audit itu terpedaya dengan pelaburan diberitahu teman lelakinya.

"Wanita itu sanggup menjual rumah banglo bernilai RM3.5 juta di Bangsar, manakala RM1.5 juta lagi diperoleh dengan menjual tanah miliknya, berhutang dengan rakan serta saudaranya," katanya.

Izany berkata, anak lelaki mangsa buat aduan kepada polis September 2011 selepas syak ibunya dipermain ahli sindiket penipuan antarabangsa.

 Beliau berkata, hasil intipan selama lapan bulan, polis berjaya menangkap 15 lelaki warga Nigeria berusia 25 hingga 30 tahun dan seorang wanita berusia 50 tahun dalam serbuan berasingan.

Menurutnya, polis merampas sembilan kad mesin juruwang automatik tiga modem, 14 komputer riba, 20 telefon bimbit dan 11 buku akaun bank.

 "Kesemua warga Nigeria itu adalah pelajar di kolej swasta di sini dan mereka ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya. Izany berkata, siasatan mendapati wanita itu adalah kekasih salah seorang daripada anggota sindiket.

Dia dijadikan keldai akaun dengan menggunakan namanya untuk mendaftarkan dua syarikat tempatan serta membuka lima akaun bank. "Kesemua wang mangsa dimasukkan ke dalam akaun wanita itu dan RM5 juta dipindahkan terus ke Nigeria. Transaksi akhir mangsa pagi
akhir mangsa pagi Isnin bernilai RM50,000," katanya.

OLEH  AHMAD ISMADI ISMAIL

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©