'Virus Ramnit' Serang 45,000 Akaun Facebook

Saturday, January 07, 2012 by


MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di Eropah telah diserang 'Virus Ramnit' sehingga menyebabkan mereka terpaksa menukar kata laluan secara serta-merta.

Sementara itu agensi keselamatan siber Vendor Seculert melaporkan puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan mereka.

Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat dengan mudah melalui serangan virus itu.

Rangkaian sosial terbesar di dunia ini amat bernasib baik kerana virus Ramnit tidak menyerang akaun-akaun aktif di Brazil, di mana penggunanya yang telah meningkat sebanyak hampir 300% atau di Jepun yang mengalami peningkatan pengguna Facebook sebanyak 254 % sejak tahun lalu.

Microsoft mula-mula menemui virus Ramnit ini hampir dua tahun yang lalu iaitu pada bulan April 2010.Jika ianya dengan tidak sengaja dimuat turun akan menjangkiti fail-fail Windows.Ia juga boleh merebak ke pemacu portable dan akan mencuri maklumat FTP serta cookie didalam browsers yang gunakan.

Pada bulan Ogos2011 virus Ramnit telah berubah watak dan mula menyerang laman-laman web kewangan.Manakala menjelang Januari 2012, ia mula menyerang akaun rangkaian sosial.Pengguna-pengguna yang menggunakan kata laluan yang sama untuk beberapa akaun adalah mempunyai risiko tinggi untuk menjadi mangsa serangan virus ini.

Pengguna yang tidak sengaja memuat turun malware akan menjemput Ramnit ke komputer mereka.Seculert mendapati bahawa sejumlah 800,000 komputer telah pun diceroboh di antara bulan September sehingga Disember 2011.

Pada bulan November 2011, ZDNet melaporkan virus yang sama telah mengumpan pengguna untuk mengklik pada gambar seorang wanita berambut perang.Jika diklik, malware tersebut akan akan menyusup masuk ke dalam komputer untuk mencuri maklumat perbankan pengguna.

Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara tiba-tiba pada halaman mereka.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©