KANGAR, 5 Nov- Banjir di Perlis mulai surut di kebanyakan kawasan di utara negeri ini dengan 1,375 daripada 15,159 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata 11 pusat pemindahan ditutup setakat ini namun 44 pusat masih beroperasi.
Angka terkini mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan adalah 13,784 orang daripada 2,530 keluarga.
Paras air di bandar Kangar juga semakin surut tetapi beberapa batang jalan di bandar ini belum boleh dilalui kenderaan ringan.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©