Gempar!! Pengawal Keselamatan Bunuh 39 Wanita

Friday, October 17, 2014 by
Pengawal Keselamatan, Thiago Henrique Gomes da Rocha mengakui membunuh 39 wanita di Brazil sejak Januari lalu. 

SEORANG pemuda Brazil yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan kini tergolong sebagai pembunuh bersiri di dunia apabila didapati membunuh 39 wanita dalam tempoh 10 bulan.

Thiago Henrique Gomes da Rocha, 26, didakwa telah mengakui membunuh 16 wanita gelandangan dan selebihnya wanita biasa termasuk seorang gadis berusia 14 tahun.

Gadis berusia 14 tahun itu dibunuh di sebuah taman pada Januari manakala dua wanita berusia pertengahan 20-an menjadi mangsa lelaki terbabit pada Mei.


Antara wanita-wanita yang dibunuh suspek.


Menurut polis, suspek telah melakukan pembunuhan besar-besaran itu dengan menembak semua mangsanya sambil menunggang motosikal.

Tindakan kejam lelaki terbabit telah menimbulkan kegusaran di kalangan wanita di Goiania, khususnya mereka yang tidak mempunyai kediaman.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut melakukan rompakan bersenjata di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada Selasa, lelaki itu berjaya ditahan selepas dia dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya.


Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk revolver .38 dan beberapa bahan bukti lain. 

Polis memberitahu, suspek juga telah mengaku bertanggungjawab terhadap 39 pembunuhan yang berlaku sejak Januari.

Dia kini ditahan di penjara sementara perbicaraan dijalankan.