Pengurus Pasaraya Mydin Manjoi Didakwa Pecah Amanah RM2 Juta

Saturday, September 27, 2014 by
 K.S. Jayabalan didakwa dengan curang melakukan penyelewengan wang sebanyak RM2,099,470.02



IPOH - Seorang pengurus Pasaraya Mydin Cawangan Manjoi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM2 juta, Februari lalu.

K.S. Jayabalan, 46, didakwa dengan curang melakukan penyelewengan wang sebanyak RM2,099,470.02 iaitu dengan cara menjual barangan milik Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) Cawangan Manjoi, Ipoh, Perak tempat tertuduh bekerja sebagai pengurus di sini tanpa kebenaran dan pengetahuan syarikat berkenaan.

Lelaki terbabit yang telah berkeluarga menggunakan wang hasil jualan tersebut untuk kepentingan diri sendiri didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi yang sama pada Februari hingga 5 Julai lalu. Difahamkan antara jenis barang-barang tersebut seperti barang-barang runcit yang dijual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan majikannya.

  


 Pasaraya Mydin Cawangan Manjoi


Selain bertugas sebagai pengurus, tertuduh yang berasal dari George Town, Pulau Pinang dan telah bekerja di pasar raya tersebut selama dua tahun turut mengetuai bahagian akaun dan sumber tenaga manusia.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh. Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan sebutan bemula kes tersebut pada 24 November ini. Tertuduh kemudian membayar wang jaminan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©