Gambar Rumah Mewah Mendiang Robin Williams

Sunday, August 24, 2014 by

Gambar Robin Williams dan isterinya, Susan Schneider



Isteri mendiang Robin Williams, Susan Schneider memohon agar berjuta-juta peminat bintang veteran yang juga ayah kepada tiga anak ini menyanjungi kepintaran pelawak genius ini berlawak.

"Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik saya, manakala dunia kehilangan seorang artis yang disayangi dan seorang yang baik hati," kata Schneider, yang menjadi isteri ketiga aktor itu pada tahun 2011.

Antara penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, nama Williams melonjak naik setelah muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy".

Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam" pada tahun1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Veitnam, "Dead Poets Society" (1989) sebagai guru bahasa Inggeris yang eksentrik, dan "Good Will Hunting"  (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Oscar.

Berikut adalah foto-foto indahnya rumah mendiang Robin Williams.
 














0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©