Mayat Lelaki Pembunuh Adik Siti Soffea Ditemui Terapung Di Sungai Petaling Jaya

Sunday, June 01, 2014 by
Mayat suspek kes bunuh kanak-kanak ditemui terapung di Sungai Petaling Jaya oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. – Gambar daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
 

Mayat seorang lelaki yang dipercayai menculik dan membunuh Siti Soffea Emelda, 2, dengan memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing Sungai Petaling Jaya di Sunway hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan itu.

Lelaki itu menculik Siti Soffea dari pusat membeli-belah Kotaraya di Kuala Lumpur Khamis lalu.

Polis percaya bahawa suspek cuba merogol kanka-kanak itu dan memukulnya ketika dia meronta.

Ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, menuntut jasad anaknya dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.

Siti Soffea dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda dekat Gombak.






Tragis..pembunuhan paling kejam oleh seekor haiwan yang bertopengkan manusia.
 

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa seorang pengawal keselamatan melihat Siti Soffea diculik di pusat membeli-belah Kota Raya tetapi tiada tindakan dibuat bagi menghentikan suspek.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa ia dikesan melalui rakaman video kamera litar tertutup yang diambil dari premis itu.



Anggota bomba dan unit skuba dalam operasi mencari suspek kes bunuh kanak-kanak di Sungai Klang sejak pagi tadi. Gambar daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
 

Dalam kejadian malam tadi, ibu mangsa meninggalkan anaknya untuk ke tandas di komplek Kotaraya. Apabila keluar, beliau mendapati anaknya hilang.

Saksi yang berupa dua rakyat Sabah kemudiannya melihat seorang lelaki membawa Siti Soffea melalui rumput panjang di tebing Sungai Klang.

"Kedua-dua saksi melihat suspek mencekik mangsa dan menolaknya ke tanah.

"Suspek kemudian mengambil sesuatu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai seramik, menggunakannya untuk memukul mangsa."

Kedua-dua saksi itu memberitahu polis bantuan di bangunan Public Bank yang berhampiran.

Apabila suspek sedar polis bantuan berjalan ke arahnya, dia melompat ke dalam Sungai Klang.

Orang ramai cuba mengejarnya melalui tebing sungai namun dihalang arus deras dan tidak berjaya menangkap lelaki itu yang turut hilang melalui arus sungai.

Saksi kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis di Jalan Hang Tuah untuk membuat fotofit suspek.

Anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari suspek di Sungai Klang sejak semalam. – 31 Mei, 2014.

OLEH LEE SHI-IAN