Felixia Yeap Terima Tekanan Kerana Gambar Seksi Di Facebook

Friday, June 06, 2014 by
Antara komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia. Masih ada yang memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab. Felixia juga telah mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu dengan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini.



PETALING JAYA: Model berbangsa Cina iaitu Felixia Yeap yang memilih berhijab mengaku rimas dan tertekan dengan desakan  segelintir pihak yang memaksanya membuang gambar-gambar seksi di laman sosial Facebook miliknya.

Felixia, 27, yang mula dikenali selepas tampil dengan imej bertudung litup berkata, dia memerlukan masa untuk membuang ribuan gambar ketika menjadi model beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy.

"Kadang-kadang saya rimas bila orang hantar mesej peribadi di laman sosial menyuruh saya membuang gambar-gambar lama saya. Bukan saya tidak mahu buang tetapi saya tiada masa untuk berbuat demikian.

"Saya perlu masa untuk menyimpan satu persatu gambar tersebut sebelum membuangnya, ia bukan sekeping dua tetapi beribu-ribu," katanya melalui kiriman e-mel kepada mStar Online di sini, Khamis.

Felixia berkata demikian ketika diminta mengulas status yang dimuat naik dilaman  Facebook miliknya yang meminta kerjasama daripada semua pengikut laman sosial itu agar tidak memberi tekanan kepadanya supaya membuang gambar-gambar sebelum bertudung.


Wajah anggun dan jelita Felixia Yeap apabila berhijab walaupun masih belum beragama Islam.


Dalam pada itu, Felixia berkata gambar-gambar tersebut menunjukan perjalanan hidupnya yang melalui tranformasi selain ia mampu memberi inspirasi kepada individu yang ingin berubah.

"Saya rasa gambar tersebut menunjukan perjalanan hidup saya daripada seorang yang jahil hingga berubah menjadi lebih baik. Ia sedikit sebanyak dapat memberi insiparsi kepada orang lain yang ingin berubah ke arah kebaikan," katanya.

Sementara itu, Felixia tidak menafikan ramai yang mengecam tindakannya berhijab  kerana dia masih belum memeluk Islam namun sebilangan besar juga masyarakat menyokong dan memberi semangat.

Dia juga masih lagi mendalami ilmu tentang agama Islam sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama itu.

"Ramai yang pandang serong apabila saya mengenakan hijab ini tetapi ramai juga yang menyokong saya. Bagi yang mengecam, saya hanya sabar sahaja kerana tidak semua orang suka apa yang kita lakukan.

"Saya perlukan masa untuk semua itu. Kini saya masih lagi mengikuti kelas agama Islam sebelum membuat keputusan besar dalam hidup saya," katanya yang turut berjinak-jinak dalam dunia seni tanah air.


Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my