Selamat Pengantin Baru, Ustaz Azhar Idrus

Monday, May 27, 2013 by
Ustaz Azhar Idrus bersama isteri ketiga beliau pada majlis perkahwinan mereka di Hulu Klang, semalam.
 

Pengantin Baru diapit oleh isteri pertama dan isteri kedua, semoga Allah memberkati keluarga ini dan hidup dalam penuh kasih sayang dan diredhai Allah S.W.T


Gambar majlis akad nikah Ustaz Azhar Idrus



Kuala Lumpur:
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam.

Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Pagoh, Johor dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©