Pemakaian 'Skirt Pendek' Diharamkan Di Korea Selatan
Saturday, March 23, 2013 by Author
Seoul – Pemakaian skirt pendek mungkin diharamkan di Korea Selatan selepas undang-undang `terlebih dedah’ yang penuh dengan kontroversi akan dikuatkuasakan minggu ini.
Mengikut undang-undang baru itu, mereka yang memakai terlalu mendedahkan akan dikenakan denda sebanyak $45 dolar.
Bagaimanapun pelaksanaannya bakal berdepan kontroversi, malah semasa Presiden Park Geun-Hye meluluskannya dalam mesyuarat Kabinet, ia sudah menerima pelbagai kritikan.
Antara yang membantah ialah golongan selebriti dan pembangkang di negara itu yang menganggap ia sebagai melanggar kebebasan bersuara.
“Kenapa kerajaan perlu masuk campur dalam urusan pemakaian rakyat,’’ demikian kritikan oleh anggota Parti Bersatu Demokratik, Ki Sik Kim.
“ Adakah ia akan mengenakan denda? Matilah saya,’’ itu pula luahan penyanyi pop Lee Hyori dalam twitternya.
Peraturan baru itu mengulangi keadaan sama yang berlaku ketika bapa Geun-Hye iaitu bekas Presiden Park Chung Hee memerintah negara tersebut antara 1963 dan 1979.
Di bawah pemerintahannya sekitar 1970-an, pemakaian skirt di atas paras lutut adalah diharamkan.
Namun di sebalik kecaman tersebut, polis memberitahu undang-undang itu berkait rapat dengan berbogel dan kelucahan.
Ia tidak kaitan dengan cara-cara pemakaian.
“Sebarang laporan yang menyebut bahawa polis akan memantau apa yang masyarakat pakai adalah salah sama sekali,’’ katanya.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©