Anak Bunuh Bapa Kerana Leteri Isteri

Tuesday, March 12, 2013 by
ANGGOTA polis mengangkat mayat Madang Sengkala yang dibunuh oleh anak bongsunya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Suai, Miri semalam.


Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.

Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.


Menurut anak sulung mangsa yang enggan dikenali, pada kejadian itu, bapanya turut dicekik sebelum adiknya berusia 26 tahun itu bertindak ganas menghentak kepala mangsa berkali-kali ke dinding tanpa belas kasihan.

Katanya, dia cuba menghalang perbuatan adiknya itu tetapi tidak berjaya.

Ujarnya, selepas itu bapanya tidak sedarkan diri.

“Beranggapan bapa hanya pengsan, saya membiarkan dia terbaring.

“Lebih kurang enam jam kemudian, selepas mendapati bapa masih tidak sedarkan diri, saya memeriksa keadaannya dan mendapati dia telah meninggal dunia pada pukul 7.30 malam.

“Selepas itu, saya dan penduduk kampung melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya semalam.
 

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©