Polis Rampas 80 Kilogram Buah 'Kurma Heroin'

Thursday, January 31, 2013 by
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan ketulan dadah heroin berbentuk buah kurma dalam sidang akhbar di Bukit Aman semalam.



KUALA LUMPUR - Sebiji buah kurma mampu mengembalikan tenaga buat orang berpuasa, namun lain pula halnya bagi sebiji 'kurma' yang cuba diseludup oleh satu sindiket dadah antarabangsa yang mana ia boleh membawa maut jika dimakan.

Sebiji buah 'kurma' yang dijual oleh sindiket tersebut mengandungi kira-kira tiga gram heroin tulen yang boleh menghasilkan lima biji lagi jika diproses sebelum ia dijual di pasaran gelap.

Taktik terbaharu sindiket didalangi lapan lelaki Nigeria dan seorang lelaki Mongolia itu terbongkar apabila polis menemui kira-kira 26,703 ketulan heroin tulen yang dibungkus seakan-akan menyerupai buah kurma dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor Sabtu lalu.

Dadah seberat 80 kilogram tersebut dianggarkan bernilai RM3.2 juta dan ia dikatakan boleh meningkat menjadi 133,515 ketulan bernilai lebih RM100 juta selepas diproses. Jumlah itu boleh menampung untuk kegunaan lebih 100,000 penagih.80 kilogram

Difahamkan, kesemua dadah tersebut dibawa menggunakan kontena dari Pakistan melalui laut ke Pelabuhan Klang, Selangor. Ia melepasi pemeriksaan kastam selepas diisytiharkan sebagai kurma oleh sindiket.

Polis mengambil masa selama sebulan untuk membuat risikan sebelum dapat menahan kesemua suspek dan dua gadis Mongolia yang dipercayai dijadikan keldai dadah oleh sindiket.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©