Pemandu Teksi Ditikam Dan Diperkosa oleh Wanita Mirip 'Angelina Jolie'

Wednesday, August 29, 2012 by
Wajah Luminita Perijoc iaitu peminat fanatik Angelina Jolie.


Seorang pemandu teksi Romania mendakwa beliau telah diugut dengan pisau dan dipaksa lakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang mirip dengan wajah Angelina Jolie.

Nicole Stan memberitahu polis, Luminita Perijoc, 30, telah mengugut untuk membunuhnya kecuali beliau bersetuju melakukan seks oral dengannya setelah dia membawa pemandu teksi tersebut ke apartmentnya.

"Dia meminta tolong saya mengangkat begnya tetapi apabila kami sudah di atas, dia telah membawa saya ke dapur dan mahu saya lakukan seks dengannya," kata bapa anak tiga berusia 34 tahun itu.

"Saya menolak permintaannya, tetapi dia tiba-tiba mengamuk dan kemudian mengambil pisau dan memaksa saya membuka pakaian dan lakukan seks dengannya.

"Tetapi dia tidak puas dengan sekali seks dan meminta saya lakukannya lagi. Apabila saya menolaknya, dia mula menyerang saya dengan pisau dan meminta saya lakukan seks oral pula. Walaupun saya sudah lakukannya, dia tetap menikam saya dengan pisau," tambahnya.


Nicole Stan ..Pemandu Teksi yang menjadi mangsa kerakusan seks Luminita Perijoc.

Menurut rakan Perijoc, wanita berkenaan adalah peminat fanatik pelakon wanita Angelina Jolie dan cuba berlagak seperti pelakon tersebut.

Pemandu tekasi yang ketakutan itu berkata lagi, beliau hanya berjaya melepaskan diri setelah mengunci dirinya di dalam bilik tidur wanita tersebut dan membuat panggilan kepada polis melalui telefon bimbitnya.

Beliau telah di bawa ke hospital dan menerima setengah dozen jahitan akibat dari tikaman pisau wanita itu.

Jurucakap polis berkata, pemandu teksi dan wanita itu akan disoal siasat bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut berlaku.-Agensi

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©