Nenek Berumur 76 Tahun Kena Cabul

Tuesday, August 21, 2012 by
Loo Moi (kanan) ditemani Pengerusi Rukun Tetangga, Tan Seong Fatt (kiri) dalam sidang media, semalam.

IPOH – Rutin harian seorang nenek mengambil angin pada awal pagi bertukar menjadi pengalaman pahit apabila wanita berusia 76 tahun itu menjadi mangsa cabul di kawasan Pasir Pinji,  Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kuan Loo Moi dalam perjalanan pulang selepas selesai melakukan senaman pagi bersama rakan-rakannya di taman berhampiran.

Menurutnya, dia yang ketika itu berjalan sendirian menuju ke rumah, merasakan ada seseorang mengekorinya.

“Tiba-tiba seorang lelaki memeluk saya dari belakang dan meraba- raba di setiap bahagian badan,” katanya dalam satu sidang media bersama Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bunga Raya, Taman Pinji dan Taman Melor, semalam.

Loo Moi berkata, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran-jiran berhampiran.

“Pada masa sama, saya berusaha melepaskan pegangan daripada lelaki itu namun pegangannya sangat kuat.

“Tidak lama selepas itu, dia melepaskan dan berjalan tenang ke motosikal yang diletakkan bersebelahan dengan rumah saya,” katanya.

Loo Moi berkata, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan difahamkan ia merupakan kejadian ketiga berlaku di kawasan perumahannya.

“Anak-anak saya telah meminta saya untuk pindah, tetapi saya dan suami berkeras untuk tinggal disebabkan kemudahan yang terdapat di kawasan ini.

“Kejadian ini tidak mematah semangat saya untuk meneruskan rutin harian berjalan pagi dan meminta semua penduduk berhati-hati,” katanya.SH

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©