Awas!! Godaan Seks Palsu Gadis Ting-Ting

Wednesday, August 22, 2012 by
Sekumpulan wanita dipercayai gadis ‘ting-ting’ sedang berkumpul di kaki lima kedai di Kampung Air, Kota Kinabalu untuk mencari mangsa mereka.

KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.

Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.

Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.

Di beberapa kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini di dapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia.

Gadis Ting-Ting adalah sekumpulan pelacur bijak yang hanya bermodalkan tubuh badan menghairahkan. Seorang gadis Ting-Ting yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah mereka. Godaan Palsu Gadis Ting-Ting itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks.

Dalam satu kejadian, dua orang mangsa yang juga rakan sekerja dikatakan terpedaya dengan wanita berkenaan yang mengaku menawarkan perkhidmatan seks dengan harga murah iaitu RM70.

Selepas bersetuju, mangsa bersama suspek masuk ke bilik khas masing-masing sebelum wanita berkenaan berbaring di atas katil dan menutup lampu.

Ketika sedang asyik bermesra dalam keadaan separuh bogel, seorang lelaki yang juga kenalan suspek menyusup ke dalam kedua-dua bilik melalui pintu rahsia dan melarikan dompet dan telefon bimbit mangsa di dalam poket seluar.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©