5 Beranak Mati Lemas Dalam Kereta Kerana Hidu Asap

Thursday, May 03, 2012 by
MAUT...anggota polis mengangkat mayat seorang daripada mangsa untuk dihantar ke hospital.

JOHOR BAHARU — Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta di sebuah kedai servis penghawa dingin kenderaan di Jalan Serangkai, Pasir Gudang, di sini malam ini.

Kelima-lima mereka termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 32 dan 34 tahun dipercayai mati akibat lemas terhidu asap kenderaan dalam tempoh 48 jam yang lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis pada awalnya menerima laporan daripada orang awam yang menyatakan terhidu bau busuk dari kedai berkenaan kira-kira 7.10 malam tadi.

"Bertindak atas laporan, kita telah menjalankan pemeriksaan dan menemui sebuah kereta Proton Iswara Aerobak di dalam kedai berkenaan dengan enjin yang tidak dihidupkkan.

"Apabila diperiksa, kita menemui mayat seorang lelaki berusia 32 tahun di tempat duduk pemandu, manakala di sebelahnya pula seorang mayat seorang wanita berusia 34 tahun sambil memangku seorang kanak-kanak prempuan berusia empat tahun,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Katanya, di bahagian tempat duduk belakang, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

"Siasatan awal polis mendapati kes ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah kerana tiada sebarang kesan tikaman dan kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Bagaimanapun, katanya polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.

Keluarga itu difahamkan menyewa kedai berkenaan untuk menjalankan perniagaan servis penghawa dingin kenderaan dan tinggal di bahagian belakang kedai itu bersama bapa mangsa lelaki yang berusia 63 tahun.

Semasa kejadian bapa mangsa tidak berada di rumah dan baru sahaja keluar dari hospital kerana masalah kesihatan buah pinggang dan kali terakhir menemui kesemua mangsa pada Ahad lepas.

Beliau yang curiga dengan keadaan kedai anaknya kemudian bertindak meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi polis bagi menyiasat keadaan sebenar. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©