‘Tandas Terapung’ Sungai Ciliwung

Saturday, March 03, 2012 by


Jakarta mempunyai penduduk lebih 8 juta orang dan merupakan kota ke-12 terbesar di dunia.
Kawasan metropolitannya pula meliputi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi.
Kesemuanya menghasilkan 23 juta penduduk iaitu menghampiri jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Disebabkan jumlah mereka yang berada di bawah tahap kemiskinan di kota itu cukup tinggi, terdapat banyak kawasan penempatan setinggan terutama di sepanjang Sungai Ciliwung ‘yang terkenal’ itu.
Sungai Ciliwung terkenal sebagai sungai yang paling kotor dan busuk di republik tersebut.





Sebagai contoh, bila hujan lebat, Sungai Ciliwung akan dipenuhi sampah dan selama tiga hari sahaja dicatatkan sampah yang tersangkut di Jambatan Kalibata, Jakarta Timur, mencapai 1,800 meter padu atau boleh diisi ke dalam 90 buah trak pengangkut sampah!

Dan disebabkan kemiskinan jugalah, warga setinggan di sepanjang sungai itu tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa ‘mengoptimumkan’ penggunaan sungai tersebut.Antaranya, menggunakan sungai itu sebagai tempat untuk mandi dan membersihkan diri.Tetapi yang paling terkenal adalah tandas terapungnya.

Di tandas terapung tersebut, para penduduk setinggan di situ akan membasuh pakaian, mandi, membuang air besar dan memberus gigi menggunakan air sungai yang sama!
Semoga apa yang dipaparkan di bawah memberi keinsafan kepada kita semua…sekali gus menyedarkan betapa beruntungnya kita lahir di bumi bertuah bernama Malaysia .



Oleh:SYAHRIL A. KADIR

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©