Misteri Batu-Batu Besar Berjalan Sendiri...

Sunday, May 15, 2011 by
http://akubudakkola.blogspot.com



LOS ANGELES – Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah bergerak di padang pasir Taman Negara Death Valley, lapor sebuah akhbar.

Batu-batu itu yang ada mencecah sehingga 108 kilogram mencetuskan kebingungan di kalangan penyelidik kerana ia bergerak walaupun suhu panas setinggi 50 darjah Celsius.
Mereka mendapati, batu-batu di gurun yang terkenal di California itu dipercayai mampu ‘mengembara’ sejauh 320 meter setahun dan meninggalkan jejak laluan.


Saintis-saintis negara itu percaya, fenomena aneh tersebut disebabkan oleh keadaan cuaca spesifik yang datang bersama dengan tiupan angin kencang selaju 145 kilometer sejam.
Ia dipercayai berlaku akibat pembentukan ais pada waktu malam dan lapisan nipis tanah liat basah di permukaan gurun itu yang membantu menolak batu berat tersebut ke satu arah tertentu.



Jurugambar Mike Byrne, 40, mengambil masa bertahun-tahun untuk merakamkan foto-foto misteri pergerakan batu berat itu yang disifatkan sebagai kejadian amat pelik.
Dia berkata: “Beberapa batu itu mempunyai berat seperti seorang manusia.
“Adalah sesuatu yang amat ganjil untuk berimaginasi bahawa ia bergolek di gurun seperti ini.
“Batu itu bergolek di atas tanah dan saya tidak percaya terdapat seseorang yang melakukannya.”


Misteri batu-batu bergerak penuh sesak di padang pasir lmpur Death Valley telah menjadi sebuah pusat kontroversi saintifik untuk berdekad lamanya. Berat batu-batu ini  sehingga beratus pound boleh bergerak sehingga beratus ela pada satu masa. Beberapa ahli sains pernah mengusulkan bahawa satu gabungan angin kencang dan permukaan ais boleh menjelaskan pergerakan misteri tersebut.

Bagaimanapun, teori ini tidak menjelaskan bukti permulaan pergerakan batu-batu ini berbeza iringannya dan bergerak pada kadar-kadar berbeza dan dalam arah yang  berbeza. Lagipun, pengiraan fizik tidak menyokong sepenuhnya teori tersebut kerana kelajuan angin adalah ratusan batu/sejam, amat diperlukan bagi menggerakkan beberapa batu yang berat itu.

Allah Maha berkuasa diatas segala sesuatu. Subhanallah..

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©